Pages

Monday, November 22, 2010

Di luar kotak diri.


Manusia bertanggungjawab kepada kehidupan kita sendiri. Keputusan kita seringkali ditentukan oleh tingkah laku kita dan bukannya oleh keadaan kita.

Maka,  pada setiap tingkah laku kitalah  bakal menentukan fungsi kepada semua keputusan-keputusan dalam kehidupan kita. Justeru itu, kita sepatutnya mampu memilih bagaimana memberi respon kepada setiap keputusan yang bakal dilakukan. Sudah tentulah orang yang proaktif menyedari hal ini. Kita seharusnya mencari perkataan 'tanggungjawab' dalam setiap tingkah laku sendiri kerana hal ini adalah disebabkan oleh hasil pilihan sedar sendiri berdasarkan nilai dan bukannya datang dari perasaan.

Orang yang reaktif pula sering dipengaruhi oleh persekitaran fizikal. Kalau cuaca buruk, maka mereka akan membawa perasaan itu bersama mereka. Terbuai-buai dengan angganan dan perasaan yang tiada sempadan juga memang memenatkan. Barangkali kita boleh menggelarkan orang-orang sebegini dengan  "cuaca sosial". Mereka juga lebih cenderung menjadi defensif atau melindungi diri dengan emosi serta menguasakan kelemahan orang lain untuk mengawal diri sendiri.

Kata-kata Eleanor Roosevelt mungkin menepati nilai proaktif yang dimaksudkan. Sekadar memetik kalimat beliau " Tiada siapa yang dapat melukakan anda tanpa kebenaran anda", atau kata-kata Mahatma Gandhi "Mereka tidak dapat merampas hormat kendiri kita jika kita tidak membenarkannya. Hakikat ini barangkali sukar diterima oleh emosi kita kerana kita sering melupakan hakikat dalam setiap tindakan malah cenderung memilih keadaan dan tingkah laku dalam membuat pilihan kepada keputusan hidup kita.

Secara jujurnya dan penuh perasaan cuba kita katakan pada diri kita "Aku begini hari ini kerana pilhan yang telah kubuat semalam". Persoalannya, mampukah kita mengatakan pada diri kita "Aku memilih yang lain....dan harus berubah mengikut pilihan lain dan melanggar semua keputusan beremosi terdahulu" Jadi? sejauhmanakah kita mampu menganjakkan paradigma, merangka keputusan yang baru dan memilih untuk berubah dan memberi respon kepada keputusan kita.

"Tiada apa yang dapat melukakan diri anda, tiada siapa yang dapat menyakitkan hati anda tanpa kebenaran anda dan anda sendiri memilih kehidupan emosi anda yang menyedihkan itu" . Benar!! anda mempunyai kuasa memilih respon tersebut.

No comments:

Post a Comment