Pages

Saturday, December 25, 2010

Menghubungi minda bawah sedar - Siri pertama

Tuhan itu dekat. Maka dekatilah dengan kuasa jiwa. Dekatilah dengan minda sedar serta gerakkan minda bawah sedar kita. Kita akan dapati nikmat Allah itu maha besar.

Seseorang individu yang sederhana mempunyai banyak tuntutan yang dibuat ke atas dirinya. Sepanjang masa semasa jaganya, mata dan telinganya menjadi sibuk oleh bermacam-macam pemandangan dan bunyi-bunyian, dan pada masa yang sama, pelbagai pemikiran yang tidak kunjung putus mengalir dalam mindanya. Seringkali juga pemikiran yang pelbagai itu tidak pula disertai dengan aktiviti emosi.

Cara minda bawah sedar boleh menjadi bertambah baik dengan cara memberikan sedikit perhatian terhadap cara ia boleh dipengaruhi. Persoalannya, bagaimanakah boleh kita mendapat kerjasama daripada minda bawah sedar kita?

Kita tidak boleh mengerah minda bawah sedar kita untuk berkhidmat kepada kita, tetapi kita boleh mendapatkan bantuannya untuk mengguna kaedah-kaedah yang lebih berilmu. Berikut diperturunkan petua untuk menghubungi minda bawah sedar kita. Kaedah utama yang perlu dikuasai ialah kaedah relaksasi - melepaskan diri dari ketegangan dengan cara melonglaikan otot dan tidak bergerak-gerak. Jika tubuh diangkat, dibengkokkan atau dialih oleh seseorang, maka tiada berlaku tentangan dan tubuh dibiarkan bergerak dengan mudah seperti seutas tali.

Caranya:

a) Asingkan diri di suatu tempat tanpa gangguan dan yang penting ialah suasananya sunyi sepi. Seelok-eloknya gunakan kapas untuk menyumbat telinga bagi mengelakkan sebarang bunyi menganggu proses ini.

b) Baring dengan selesa di atas kerusi panjang atau katil dengan atau tanpa sebiji bantal, mengikut kesesuaian dan keselesaan. Baring secara terlentang dengan kedua-dua tangan dibuka dan lengan diletakkan di sisi, pastikan tidak menyentuh tubuh,

c) Pandang siling, jangan merenung, tetapi tumpukan tatapan anda pada suatu tempat.

d) Pejamkan mata pastikan anda tidak cuba "melelapkan diri". Tujuannya ialah memastikan minda anda mengendur secara beransur-ansur. Seandainya minda anda mula memikirkan senarai kerja yang berlambak-lambak maka hentikan pemikiran tersebut dan peringatkan diri anda tentang apa yang sedang anda lakukan.

e) Anda akan mengalami perasaan keletihan khususnya dipelbagai bahagian otot lengan, kaki, tangan, belakang, bahu dan tapak kaki.

f) Rasakan setiap satunya secara mental caranya dengan halakan perhatian anda pada tangan kanan anda dan kekalkan pemikiran anda di situ selama sepuluh saat. Diikuti tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri dan otot-otot muka anda. Elakkan daripada menggerakkan mana-mana anggota ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah rasakan secara mental.

  Senaman ini patut berlanjutan selama sekurang-kurangnya lima minit dan dilakukan sekali dalam sehari. Lebih lama dan lebih kerap sesi ini dilakukan adalah lebih baik. Nampak macam mudah tetapi sebenarnya senaman ini adalah rintangan paling besar bagi sesetengah orang. Cara mengukur pencapaian ini ialah dengan ujian membezakan ciri-ciri rehat dan tegang yang ketara dan seterusnya cara kita menumpukan perhatian kepada mana-mana anggota tubuh kita dengan melupakan yang selainnya.

Mengapa kita perlu melakukan ini?

Minda merupakan sebuah gedung perniagaan. Pengurus minda ialah keazaman dan intelek. Pengurus inilah yang dinamakan sebagai "minda sedar". Pengurus ini kadang-kadang dihalang untuk menyampaikan mesej kepada pekerjanya di minda bawah sedar oleh seorang pengawal yang bertindak seperti penapis. Jadi, senaman-senaman relaksasi yang dilakukan adalah untuk membolehkan pengurus menyalurkan mesejnya secara senyap-senyap dalam bentuk saranan kepada pekerjanya iaitu untus positif dalam minda bawah sedarnya. Saranan dari pengurus anda ialah "aku akan membuatkan minda bawah sedar aku berkhidmat untuk aku dan bukan menentang aku". Jadi mulakan senaman relaksasi tersebut secara berulang-ulang sehingga anda dapat menguasai minda anda dengan baik.



Tuesday, December 21, 2010

KEMARUK


“Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
              Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
    Ampunkanlah segala dosa dalam diri
    Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
    Pendirianku… Keimananku…
             Engkau satu cinta
   Yang selamanya ...”

              Cinta? Apa itu cinta? Apakah ada cinta sejati? Benarkah cinta yang diikrarkan oleh dua sjoli itu cinta sejati? Cinta itu penuh dengan sejuta gelisah, penuh dengan rasa dan ketika cinta melanda, maka kita akan terhanyut di dalamnya.

                Kita juga tidak dapat menyangkal bahawa manusia akan mangalami rasa cinta. Kecintaan kepada lawan jenis akan membawa kepada kerinduan dan seringkali juga berakhir dengan kedukaan.

Islam secara jelas telah mengariskan batasan-batasan tertentu dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Antara batasan-batasan tersebut ialah menundukkan pandangan, tidak saling bersentuhan dan menutup aurat serta menjauhkan diri dari zina melalui berdua-duaan dan sebagainya.

                Batasan-batasan tersebut sebenarnya tidak lagi dihiraukan oleh kebanyakan pencinta hari ini. Pencinta hari ini begitu serius menganjurkan pertemuan secara langsung atau melalui sms. Hubungan ini jelas sekali adalah sesuatu yang terlarang kerana orang-orang kemaruk rindu dan cinta mahsyuk  akan berusaha  mencari jalan untuk melampiaskan ‘rasa’ tersebut . Dahsyatnya penangan rindu dan cinta itu!

                Lalu bagaimanakah solusi yang perlu diambil bagi mengubati penyakit cinta dan rindu yang menggebu-gebu itu? Semoga panduan yang bakal diberikan ini dapat memberi manfaat kepada pencinta-pencinta di luar sana. Antara solusi yang terbaik ialah:-

1.  Menyegerakan perkahwinan agar tidak terjerumus kepada zina. Hal ini bersesuaian  dengan saranan Nabi Muhammad S.A.W  “Wahai para pemuda, barang siapa yang telah memiliki kemampuan ba’ah  , maka menikahlah kerana ia akan menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan…, bagi yang tidak mampu, maka berpuasalah..

         Pemuda yang dimaksudkan di sini ialah pemuda yang belum mencapai usia 30 tahun, manakala ba’ah  merujuk kepada berkemampuan untuk berjima’ dan  mampu memberikan nafkah kepada sang isteri dan keluarganya. Malangnya rata-rata pencinta  hari ini telah mentafsirkan ba’ah tersebut hanya kepada kemampuan  dari segi perhubungan suami isteri sedangkan maksud sebenarnya lebih dari itu. Jelas sekali bahawa pemahaman seumpama ini adalah bersalahan dan amat mengelirukan.  Maka tidaklah menghairankan kita hari ini bila mana wujudnya  pemuda-pemuda yang tergedik-gedik mahu berkahwin tetapi dalam soal makan minum pula masih menagih belas ehsan dari orang tua. Menikah sebenarnya dapat menundukkan pandangan  dan menjaga kemaluan. Islam juga menyarankan agar mereka yang tidak berkemampuan supaya berpuasa agar dapat merawat rasa rindu yang menggebu-gebu antara pasangan lawan jenis tadi.

2.  Berusaha untuk ikhlas dalam beribadah. Nikmat dalam beribadah akan menimbulkan kecintaan kepada Allah dan mampu mengalahkan segala macam cinta dan kerinduan. “Manisnya beribadah kepada Allah mampu melawan semua cinta dan kasih kepada kekasih sesama manusia”.


3.  Bagaimana kepada mereka tidak mampu mengikuti solusi pertama dan kedua? Maka jalan lainnya ialah banyakkan memohon doa kepada  Allah agar terlepas dari rasa cinta yang menggila sesama manusia yang tidak halal baginya. Ada 3 perkara yang akan berlaku sekiranya manusia itu berdoa iaitl: Allah segera mengabulkan doanya, menyimpannya sebagai bekal  di akhirat kelak,  dan menghindarinya dari kejelekan. Maka janganlah kita mudah berputus asa kerana antara sebab doa tidak dikabulkan ialah datangnya dari sikap manusia yang mudah putus asa atau tergesa-gesa mohon agar doanya dikabulkan.

4. merejam rasa rindu dan cinta dengan mengawal/menundukkan pandangan iaitu dengan tidak melihat  aurat sesama jenis atau lawan jenis dan tidak memandang lawan jenis yang bukan mahram. Pandangan yang berulang-ulang sebenarnya boleh membarakan api yang besar kepada cinta dan rindu yang menggila-gila yang seterusnya berakhir kepada kehancuran. Bagaimana pula dengan pandangan yang selintas dan tidak disengajakan? Saranannya ialah segera memalingkan pandangan tersebut. Hikmahnya?  Dengan mengawal dan menundukkan pandangan maka akan menimbulkan rasa cinta kepada Allah.  Kecintaan kepada Allah akan merejam rasa cinta atau rindu kepada manusia.

5. Sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika kita tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat maka kita juga akan “sibuk” dengan ber angan-angan khususnya  perkara-perkara yang berkaitan dengan cinta dan rindu. Contoh angan-angan yang parah ialah  mengkhayalkan wanita yang dirindui. Justeru, cantaslah segera kerinduan tersebut dengan menyibukkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat. Apabila fikiran ‘menganggur’ maka akan wujudlah ruang-ruang “kemaruk cinta” sebagaimana pernah diujarkan oleh ahli-ahli  Sufi  iaitu “Jika dirimu tidak sibuk dengan hal bermanfaat maka pasti kau akan sibuk dengan hal yang sia-sia dan hal-hal yang diharamkan.”

6.  Hindari nyanyian dan filem bertemakan  cinta mahsyuk.  Sebenarnya nyanyian seumpama ini adalah umpama candu  yang akan lebih memarakkan kemaruk cinta dan rindu. Lirik lagu yang  haru biru akan mendorong kepada kegilaan yang  bertambah-tambah kepada rasa cinta  rindu itu.  Ibnu Mas’ud  berpendapat bahawa “ nyanyian adalah pembuka kepada  pintu-pintu zina, nyanyian juga adalah antara mantera-mantera kepada zina, Melalui nyanyian juga boleh menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air dapat menumbuhkan tumbuhan” . Biasanya  apabila mendengarkan lagu-lagu cinta secara tidak langsung akan mendorong kepada pelbagai “rasa” iaitu ingin berjumpa, ingin bersentuhan dan akhirnya terdorong kepada penzinaan. Nauzubillah

7. Berusahalah membayangkan kekurangan orang yang selalu kita cintai dan rindui. Orang yang bercinta selalu bersifat tidak adil kerana berkecenderungan melihat hal-hal  yang baik-baik sahaja dalam diri pasangan mereka. Sikap ini langsung tidak profesional.  Maka, berusahalah menilai dari sisi positif dan negatif sebagaimana  kita menilai orang lain yang bukan berstatus kekasih . Ibnu Jauzi  berpendapat bahawa “Manusia itu penuh dengan kejelekan dan tidak layak disanjung-sanjung”.  Hal ini sepadanan pula dengan kata-kata para  ulama’  iaitu “mata yang diliputi hawa nafsu akan menjadi buta” .  Wallahualam

Monday, December 20, 2010

Sorotan 2010: Bencana alam ragut 500,000 penduduk dunia

             TAHUN 2010 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pelbagai peristiwa berlaku di seluruh dunia, ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyedihkan. Bagaimanapun, suatu perkara yang amat ketara sepanjang 2010 ialah bencana alam begitu banyak berlaku di seluruh dunia, tidak kira sama ada ia bencana semula jadi atau akibat kecuaian manusia.Ketika kira-kira setengah juta penduduk dunia terbunuh akibat bencana alam sepanjang tahun ini, pakar kaji cuaca meramalkan lebih banyak bencana luar biasa akan berlaku pada 2011.

          Pengarah Projek Penyelidikan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ghassem Asrar, berpendapat bencana alam berlaku akibat perubahan iklim.

“Perubahan ini umpama masalah baru kerana menyebabkan kelembapan dan suhu panas tidak dapat beredar secara semula jadi, mengakibatkan suhu sejuk, panas dan ribut yang berpanjangan,” katanya.

              Seawal 12 Januari, dunia dikejutkan dengan kejadian gempa bumi berkekuatan 7.0 skala Richter di Haiti menyebabkan sekurang-kurangnya 220,000 orang terbunuh, manakala satu juta lagi hilang tempat kediaman, menjadikan ia gegaran paling dahsyat pernah melanda Hemisfera Barat. Gempa yang berpusat kira-kira 16 kilometer ke barat daya Port Au Prince mengakibatkan gegaran kuat yang memusnahkan sebahagian besar bandar itu. Kebanyakan bangunan yang dibina dengan bahan bermutu rendah runtuh dan berkecai seolah-olah ia dibuat daripada kertas. Penduduk yang selamat pula menderita kebuluran dan jangkitan penyakit, manakala bantuan antarabangsa tidak sampai ke akar umbi, ketika pengkaji meramalkan satu gempa bumi besar boleh melanda negara itu pada bila-bila masa.

Walaupun tahun 2010 akan berakhir, keadaan di Haiti masih jauh daripada pembinaan semula. Negara itu tidak mampu membantu rakyatnya memulihkan semula kehidupan mereka. Lebih buruk lagi, Haiti kini dilanda wabak taun dan setakat ini ia sudah mengorbankan lebih 2,000 nyawa, manakala 5,000 lagi sedang berdepan dengan maut.

Pada 27 Februari, enam minggu selepas gempa bumi di Haiti, gempa berukuran 8.8 melanda pesisir pantai Maule di Chile. Gelombang tsunami melanda perkampungan nelayan, menggegar enam negeri menyebabkan 500 orang terbunuh manakala kerugian dianggarkan AS$30 bilion (RM93.6 bilion).

Di Pakistan, hujan monsun yang turun pada Julai setiap tahun adalah fenomena biasa dan dinanti ramai petani untuk mengairi ladang dan tanaman mereka. Malangnya, hujan monsun kali ini adalah yang terburuk dalam tempoh 100 tahun. Apabila hujan lebat akhirnya berhenti, satu perlima wilayah Pakistan ditenggelami air, wilayah yang sama besar dengan negeri Minnesota dan Texas di Amerika Syarikat.

Selain itu, lebih 2,000 penduduk mati manakala enam juta lagi hilang tempat tinggal. Kerugian pula dianggarkan AS$9.6 bilion (RM30.11 bilion) manakala lebih dua juta hektar tanah pertanian musnah. Lebih memburukkan keadaan, bantuan yang diharapkan tidak sampai seperti yang diharapkan penduduk, manakala masalah kekurangan bekalan air bersih, pelbagai penyakit berjangkit termasuk taun dan demam denggi menambahkan lagi penderitaan penduduk.

              Di Eropah pula, gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland meletus pada 14 April, memuntahkan 330,000,000 meter padu wap, batu kecil dan debu halus serta tajam ke udara dan menjejaskan dengan teruk jadual penerbangan di semua bandaraya Eropah. Debu gunung berapi boleh memasuki enjin pesawat menyebabkan pesawat gagal berfungsi, sekali gus mampu mengakibatkan nahas udara. Kesatuan Eropah (EU) yang bimbang keadaan lebih buruk, menghentikan semua penerbangan di 23 negara Eropah selama enam hari. Lebih 100,000 penerbangan dibatalkan manakala lapan juta penumpang terpaksa mencari alternatif lain.

Pelakon, pelawak dan penerbit filem John Cheese dilaporkan terpaksa membayar AS$5,500 (RM17,520) kepada seorang pemandu teksi untuk membawanya dari Oslo, Norway ke Brussels di Belgium kerana tiada jalan lain lagi. Pembatalan jadual mengakibatkan syarikat penerbangan kerugian AS$250 juta (RM784.2 juta) sehari, manakala syarikat pembekal makanan untuk penumpang kehilangan sumber perniagaan.

Kerajaan di Eropah juga ‘menggaru kepala’ memikirkan bagaimana mahu membayar balik wang penumpang yang terkandas. Kira-kira 800 penduduk yang tinggal di sekitar kawasan gunung itu dipindahkan, na mun suatu fakta luar biasa ialah tiada mangsa terbunuh akibat letusan itu.Pada hari yang sama, gempa bumi 7 skala Richter di kawasan terpencil Tibet dekat China menyebabkan lebih 2,200 orang maut dan meruntuhkan beribu-ribu kediaman.

               Pada 20 April pula, satu letupan berlaku di pelantar minyak BP di Teluk Mexico, mengorbankan 11 pekerja dan mencederakan 17 yang lain. Empat hari selepas kejadian syarikat itu mendapati kebocoran berlaku pada penutup telaga minyak, menyebabkan tumpahan besar di Teluk Mexico, menjejaskan dengan teruk kehidupan ratusan ribu penduduk pesisir pantai yang bergantung hidup kepada hasil laut. Kebocoran yang berlaku mengakibatkan kemusnahan ekonomi paling besar dan paling mahal berikutan ia berlaku di kawasan perairan paling produktif di Amerika.

Friday, December 17, 2010

Persinggahan


“Bagaimanakah kau merasa bangga akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tidak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan semua dan segala yang akan kembali kepada Nya
Bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti, teman sejati tinggallah sepi..”

Secara analoginya, sewaktu kita belayar menuju kehidupan abadi, tiba-tiba  sahaja kita kehabisan bekalan dan kapal yang kita naiki terus sahaja berhenti di pelabuhan yang tidak bernama. Kita diminta mencari dan mendapatkan sebanyak mungkin bekalan di pelabuhan tersebut  untuk dibawa bersama menuju pelabuhan abadi.  Kita juga diingatkan agar memilih bekalan mangikut garis panduan yang telah diberikan kepada kita. Tujuannya  tidak lain adalah bagi mengelakkan kita memilih bekalan yang tidak diperlukan  seterusnya kita juga diingatkan bahawa pelabuhan yang kita singgahi ini adalah sebuah pelabuhan yang indah tetapi keindahan itu hanya sementara sahaja  sifatnya kerana matlamat kita ialah untuk menuju ke pelabuhan utama yang abadi sifatnya.
Namun dalam persinggahan tersebut, ramai antara kita yang tergelincir dan lupa akan semua nasihat dan seterusnya kita terus-terusan melanggar pantang larang yang telah diajarkan kepada kita. Maka jadilah kita manusia-manusia yang “pelupa” dan “lalai” seterusnya membenamkan amanah yang diberikan iaitu mendapatkan bekalan yang baik untuk dibawa belayar. Apabila sahaja siren kapal berbunyi menandakan bahawa kapal  akan kembali belayar menuju ke pelabuhan abadi, maka bercemperalah kita cuba mengaut apa sahaja bekalan yang sempat kita dapat. Bertambah malang lagi bagi kita andai tidak langsung dapat mengaut bekalan-bekalan yang baik untuk dibawa menuju ke pelabuhan abadi.
 Alangkah celakanya kita kerana mengabaikan amanah akibat ketaksuban kita kepada pelabuhan tidak bernama ini. Dengan bahanapakah yang kita kan gunakan sebagai bekalan menuju pelabuhan abadi?

Daki yang Tertinggal...

Al-Kisah... 

       Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

       Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor.Serbuan pada jam 10.15 malam itu (17 Disember 2010) disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

       Fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

        “Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

        Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini. 

Adapun...

        Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah:

i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

iii. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
 
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. 
b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. 
  c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

  i) Kasyf al-AsrarOleh: Ayatullah al-Khomeini 
ii) AI-Hukumah al-IslamiahOleh: Ayatullah al-Khomeini 
iii) Al-Sabah Min al-SalafOleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi 
iv) AI- Usul Min al-KaftOleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H) 
v) Tahrir al- WasilahOleh: Ayatullah al-Khomeini 
vi) Al-MurajaatOleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi 
vii) Peshawar NightsOleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin 
viii) Mafatih al-jittanOleh: Sheikh Abbas al-Qummi 
ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
xi) Al-SahabahOleh: Haidar 
xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

Hatta..
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.
Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:
i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran keIran.
ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah
iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah
iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiahterutama golongan ahli politik.
v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran danpegangan Islam yang sebenar,
contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.
Untuk mengetahui PENYELEWENGAN SYIAH sila rujuk laman di ini http://www.geocities.com/iinfo.terkini/syiah.htm<http://www.geocities.com/iinfo.terkini/syiah.htm>

Ciri-ciri kesalahan fahaman Syiah

# Menghalalkan nikah mutaah
# Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
# Menolak ijmak ulamak
# Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
# Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
# Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
# Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
# Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
# Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
# Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir 

Persoalannya, mengapakah daki itu masih juga melekat dan tidak mahu tanggal-tanggal?