Pages

Wednesday, December 8, 2010

Harga Diri Seorang Isteri

Bagaimanalah agaknya harga diri seorang isteri ditafsir dari kaca mata suami? 

           Persoalan ini seringkali menghantui seorang manusia yang bergelar isteri. Dalam sebuah rumah tangga, harga diri sangat penting sama ada bagi suami atau isteri. Bayangkan bagaimanakah agaknya nilai harga diri seorang isteri apabila dia mulai membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat. Kononnya, isteri orang lain lebih bijak, lebih kaya dan lebih bernasib baik daripada mereka. Barangkali mereka lupa bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan tersendiri. Kita adalah unik, dan dunia ini tidak akan lengkap tanpa kehadiran kita. Kita dicipta untuk berjaya.

          Petanda isteri yang hilang akan harga dirinya amatlah ketara. Kekadang jadi pemurung, banyak memencilkan diri, mudah marah-marah, terlalu sensitif, malah lebih parah lagi apabila si isteri mulai hilang semangat untuk membersihkan diri apatah lagi berhias atau mengemas rumah. Mengapa hal ini terjadi? Secara ironinya, keadan ini terjadi kerana apabila manusia bernama isteri itu lebih mementingkan pandangan suaminya terhadap dirinya berbanding pandangan dirinya sendiri. Hakikatnya penilaian terhadap diri sendiri jauh lebih penting daripada penilaian orang lain terhadap diri kita. "Biar dipandang rendah di mata suami, tetapi jangan dipandang rendah pada mata sendiri".

          Suka saya mengambil contoh kisah Siti Saudah iaitu isteri Rasulullah s.a.w mungkin tidak sejelita dan sebijak Humaira' (Aisyah), tetapi dia tidak merasa rendah diri, dia tidak hilang harga diri... lalu dia rajin bangun malam (qiamullail). Dia malah tahu harga dirinya di mana!

         Justeru, jadilah diri kita sendiri. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya kerana berasa tidak dihargai oleh suami. Hidup ini terlalu singkat dan sangat berharga untuk "dikorbankan" hanya oleh prasangka dan curiga. Ingatlah bahawa suami bukanlah segala-galanya.

        Kita tidak perlu menyaingi suami untuk mendapatkan keyakinan diri. Dia tetap dia dan kita tetap kita. Jangan menunggu suami menghargai sebaliknya hargailah diri kita dahulu, barulah suami akan menghargai kita. Jangan sesekali "sakit jiwa" kerana tidak dihargai kerana di dalam diri kita sudah ada keyakinan bahawa diri kita memang berharga. "Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga"

        Maha Suci Allah, yang tidak sekali-kali mencipta hamba Nya untuk gagal dan menderita. Allah mencipta kita untuk berjaya dan bahagia... Wallahualam...

No comments:

Post a Comment