Pages

Monday, April 25, 2011

PASAR PERASAAN

Ini pasar perasaan
pada gerainya duduk penjual sentimental
yang sering dikunjungi pembeli emosional

ini pasar perasaan
mereka memperdagangkan kata-kata
yang terbit daripada kalbu
bukan terbit daripada akal

mereka memperdagangkan hujah
yang rapuh dan lapuk
bagai kayu buruk;
yang mudah dipatahkan
bagai ranting kering.

ini pasar perasaan
di dalamnya mengalir sungai manusia
yang menghilirkan suara kosong

ini pasar perasaan
yang memperdagangkan akal cetek
dan tawar-menawar yang dangkal

kumasuki pasar ini
kususuri sungai sibuk ini

di tengah-tengah penjual dan pembeli
yang kaya dengan perasaan
tetapi miskin dengan kebijaksanaan

ini pasar tidak berakal
yang diriuhkan kekosongan
(T. Alias Taib)

Thursday, February 24, 2011

Law of attraction


    
Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan orang lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengan harmoni. Ibarat peribahasa mengatakan " burung yang sama bulu dan warna, akan terbang sekawan".

Percayakah anda kalau dikatakan bahawa untuk belajar, bekerja dan melakukan apa-apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti, kita memerlukan syarat utama iaitu "ceria"? Hormon endomorphin akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon ini akan memberikan rasa tenang, seronok dan gembira. Hal ini memang menjadi perkara penting dalam program-program bahasa seperti Neuro-Linguistic Programming (NLP). Perkara yang sebaliknya berlaku kepada orang yang negatif, asyik marah-marah dan merungut. Mereka yang tergolong dalam kelompok kedua ini akan merembeskan hormon kortisol dan hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan individu sehingga menyebabkan dia menjadi pemurung, pemarah dan perengus. Orang yang sebegini akan "meletihkan" rakan-rakan.

Teknik mengembalikan daya tarikan.

a) Lihat pada sisi positif

Orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri orang lain. “Who you are determine, how you see”. Cuba positifkan minda kerana manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Maka jadikanlah diri kita sebagai wira.  Kita hanya akan memberikan kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Waima  besarnya kesusahan atau beratnya penangungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik.

b) Fokus kepada penyelesaian

Orang yang positif akan menjurus kepada penyelesaian dan bukannya permasalahan. Bersikap jujurlah dan berani mengubah perasaan untuk mendapatkan hasil yang berbeza.

c) Kekal positif

Sangka baik merupaka peluang yang kita berikan kepada orang lain.  Peluang tersebut akan dapat mengelakkan diri kita menjadi mangsa kepada kezaliman. Sebenarnya memikirkan negatif itu sahaja sudah cukup menyeksakan dan merupakan satu penderitaan. Justeru, janganlah kecewa dalam membuat kebaikan. Sesungguhnya Allah akan mengikut sangkaan para hamba Nya.

d) Konsisten dalam berdoa.

Doa meneutralkan semua aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Hukama ada mengatakan bahawa ‘terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih berbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu’. Apabila kita tidak berdoa, kita seumpama insan negatif yang penuh dengan racun atau toksik. Kata-kata, perbuatan dan pemikiran kita diselubungi racun. Racun tersebut boleh memusnahkan orang lain malah ia juga akan memusnahkan diri sendiri.

Kesimpulannya, jadilah orang yang baik, supaya kebaikan tertarik kepada kita sebagaimana magnet yang tertarik antara satu sama lain… Wallahualam



Monday, January 24, 2011

Bila Jiwa Sudah Kacau...


Dunia telah mengakui bahawa penyakit mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Penyakit mental dan kecelaruan tingkah laku wujud dalam semua masyarakat di mana sahaja mereka berada. Menurut anggaran yang dibuat oleh Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2002, 154 juta orang di seluruh dunia mengidap masalah kemurungan, 25 juta mengidap penyakit skizofrenia dan 15 juta terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Sebanyak 877,000 orang pula mati kerana membunuh diri.

Di Malaysia, kita juga mengalami keadaan yang sama. Penemuan terbaru hasil Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006 menunjukkan prevalens masalah kesihatan mental melibatkan 11.2 peratus orang dewasa 20.3 peratus dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Sesungguhnya ia menunjukkan peningkatan berbanding dengan kajian pada tahun 1996 yang hanya menunjukkan kadar 10.7 peratus di kalangan orang dewasa dan 13 peratus di kalangan kanak-kanak dan remaja. Lebih membimbangkan lagi ialah fakta yang menganggarkan kira 20 hingga 30 orang membunuh diri setiap tahun bagi setiap 100,000 rakyat di negara ini. Ia dijangka menjadi punca utama penyakit mental menjelang tahun 2020.

Apa itu kemurungan?

Kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang banyak berlaku tetapi kurang didiagnosis sehinggalah pesakit menjadi teruk dan memerlukan rawatan rapi. Hampir kesemua pesakit yang murung mengalami episod mood yang rendah dan hilang minat untuk melakukan aktiviti yang digemarinya sebelum ini.

Pesakit yang dilanda kemurungan juga sering mengalami kesedihan, rasa cemas atau mudah marah, rasa rendah diri yang ketara, rasa bersalah tidak bertempat, rasa tidak berupaya, gelisah serta kesukaran menumpukan perhatian dan mungkin juga menyisihkan diri daripada masyarakat, keluarga dan rakan serta cubaan membunuh diri. Kesemua faktor itu juga boleh menjurus kepada satu perlakuan yang ganas termasuk membunuh.

Pakar psikiatri dari Kedah Medical Centre (KMC), Dr. Wan Mohd Rushdi Wan Mahmud berkata, seseorang yang berada dalam keadaan di luar sedar mampu melakukan perbuatan yang pelik, luar biasa, kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Menurutnya, mereka yang betul-betul buat (perbuatan kejam) adalah mereka yang telah lama mengalami gangguan jiwa. Biasanya, individu terbabit sudah sampai ke peringkat teruk atau psikotik sehingga kerap mengalami halusinasi.
Katanya, apabila seseorang mengalami halusinasi, mereka seolah-olah mendengar suara-suara tertentu yang sebenarnya tidak wujud.

Beliau berkata, suara-suara itu pula biasanya menyuruh mereka melakukan sesuatu yang kadangkala tidak masuk akal.

"Ada suara yang menyuruh individu terbabit membunuh diri atau mencederakan atau membunuh individu tertentu yang dianggap mengancam keselamatan mereka.

"Dalam hal ini, individu terdekat seperti ahli keluarga sama ada ibu, bapa, adik-beradik, sepupu, datuk, nenek atau saudara mara kerap menjadi mangsa," ujarnya.

Beliau menjelaskan, suara-suara 'ghaib' itu muncul daripada kepercayaan-kepercayaan salah terhadap sesuatu perkara. Misalnya, pelaku mempercayai ada orang mahu membunuhnya dan kepercayaan itu mendorongnya membunuh individu tersebut sebelum dirinya menjadi mangsa.

"Pelaku merasakan lebih baik bunuh orang itu dahulu, sebelum orang tersebut membunuh dirinya. Inilah bisikan yang sering kedengaran di telinga mereka," katanya.

Selain itu, katanya, mereka yang mengalami gangguan mental kerap merawat diri sendiri dengan mengambil dadah-dadah tertentu dan ia menjadikan gangguan yang dialami bertambah teruk.

"Penggunaan dadah seperti ice, syabu, heroin dan morfin akan menyebabkan mereka kerap membayangkan benda-benda pelik dan keadaan itu lebih mendorong mereka bertindak di luar kebiasaan,"tambahnya.

 Faktor pendorong kepada “jiwa kacau”

Semua jenis tekanan sama ada di tempat kerja atau di rumah boleh mendorong seseorang itu bertindak ganas. Lebih memburukkan keadaan jika sejarah keluarga menunjukkan ada dalam kalangan mereka pernah mengalami gangguan mental.

Memandangkan kes gangguan mental dilaporkan semakin meningkat, maka adalah baiknya kita  mencadangkan agar rawatan terhadap gangguan mental dimasukkan ke dalam polisi insurans.

Tahukah anda bahawa  tiada perlindungan insurans untuk rawatan gangguan mental diwujudkan di Malaysia. Ini menyebabkan tidak ramai yang mahu merujuk kes mereka kepada pakar psikiatri. Maka, jika pihak insurans memasukkan rawatan gangguan mental di dalam polisi mereka, lebih banyak orang akan tampil mendapatkan rawatan.

Perunding Psikologi, Khairul Anuar Masuan berkata, terdapat dua faktor yang menyebabkan stres iaitu dalaman dan luaran.

i) Faktor dalaman menyaksikan emosi seseorang tidak kuat, misalnya takut melihat darah. Jika jiwa dia kuat, melihat darah bukanlah satu masalah kepadanya.

ii) Faktor luaran pula melibatkan seseorang kerap memikirkan perkara yang sama berulang kali. Sehinggakan bangun tidur pada waktu pagi pun dia boleh teringatkan perkara itu. Malah, ada yang terbawa-bawa di dalam mimpi. Keadaan itu, jika tidak dirawat boleh membawa kepada kemurungan dan kesan daripada itu, mereka boleh berhalusinasi sehingga bertindak di luar kebiasaan.

Justeru, pelbagai pihak perlu bekerjasama menanganinya. Saranan supaya cuti hujung minggu digunakan dengan bijak agar segala tekanan yang bersarang di dalam diri sepanjang minggu itu dapat dilepaskan wajar dipertimbangkan kerana riadah bersama keluarga atau melakukan aktiviti luar yang digemari boleh membantu mengurangkan tekanan.

Wallahualam...



Sunday, January 16, 2011

I Am A Teacher

I am a police officer that controls a child gone wild
I am a travel agent scheduling our trips for the year
I am a confidante that wipes a crying child's tear
          I am a banker collecting money for a ton of different things
          I am a librarian showing adventures that a storybook brings
          I am a custodian that has to clean certain little messes
          I am a psychic that leans to know all that everybody only guesses
I am a photographer keeping pictures of a child's yearly growth
when mother and father are gone for the day, i become both
I am a doctor that detects when a child is feeling sick
I am a politician that must know the laws and regonize a trick
          I am a party planner for holidays to celebrate with all
          I am a decorator of a room, filling every wall
      I am a news reporter updating on our nation’s current events
      I am a detective solving small mysteries and ending all suspense
I am a clown and comedian that make a children laugh
I am a dietician assuring they have lunch or from mine I gave that half
                When we seen to stray from values, I’m become a ustazah
                But I’m proud to have to be these people because…

I’m proud to say, “I am a teacher.”




Saturday, December 25, 2010

Menghubungi minda bawah sedar - Siri pertama

Tuhan itu dekat. Maka dekatilah dengan kuasa jiwa. Dekatilah dengan minda sedar serta gerakkan minda bawah sedar kita. Kita akan dapati nikmat Allah itu maha besar.

Seseorang individu yang sederhana mempunyai banyak tuntutan yang dibuat ke atas dirinya. Sepanjang masa semasa jaganya, mata dan telinganya menjadi sibuk oleh bermacam-macam pemandangan dan bunyi-bunyian, dan pada masa yang sama, pelbagai pemikiran yang tidak kunjung putus mengalir dalam mindanya. Seringkali juga pemikiran yang pelbagai itu tidak pula disertai dengan aktiviti emosi.

Cara minda bawah sedar boleh menjadi bertambah baik dengan cara memberikan sedikit perhatian terhadap cara ia boleh dipengaruhi. Persoalannya, bagaimanakah boleh kita mendapat kerjasama daripada minda bawah sedar kita?

Kita tidak boleh mengerah minda bawah sedar kita untuk berkhidmat kepada kita, tetapi kita boleh mendapatkan bantuannya untuk mengguna kaedah-kaedah yang lebih berilmu. Berikut diperturunkan petua untuk menghubungi minda bawah sedar kita. Kaedah utama yang perlu dikuasai ialah kaedah relaksasi - melepaskan diri dari ketegangan dengan cara melonglaikan otot dan tidak bergerak-gerak. Jika tubuh diangkat, dibengkokkan atau dialih oleh seseorang, maka tiada berlaku tentangan dan tubuh dibiarkan bergerak dengan mudah seperti seutas tali.

Caranya:

a) Asingkan diri di suatu tempat tanpa gangguan dan yang penting ialah suasananya sunyi sepi. Seelok-eloknya gunakan kapas untuk menyumbat telinga bagi mengelakkan sebarang bunyi menganggu proses ini.

b) Baring dengan selesa di atas kerusi panjang atau katil dengan atau tanpa sebiji bantal, mengikut kesesuaian dan keselesaan. Baring secara terlentang dengan kedua-dua tangan dibuka dan lengan diletakkan di sisi, pastikan tidak menyentuh tubuh,

c) Pandang siling, jangan merenung, tetapi tumpukan tatapan anda pada suatu tempat.

d) Pejamkan mata pastikan anda tidak cuba "melelapkan diri". Tujuannya ialah memastikan minda anda mengendur secara beransur-ansur. Seandainya minda anda mula memikirkan senarai kerja yang berlambak-lambak maka hentikan pemikiran tersebut dan peringatkan diri anda tentang apa yang sedang anda lakukan.

e) Anda akan mengalami perasaan keletihan khususnya dipelbagai bahagian otot lengan, kaki, tangan, belakang, bahu dan tapak kaki.

f) Rasakan setiap satunya secara mental caranya dengan halakan perhatian anda pada tangan kanan anda dan kekalkan pemikiran anda di situ selama sepuluh saat. Diikuti tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri dan otot-otot muka anda. Elakkan daripada menggerakkan mana-mana anggota ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah rasakan secara mental.

  Senaman ini patut berlanjutan selama sekurang-kurangnya lima minit dan dilakukan sekali dalam sehari. Lebih lama dan lebih kerap sesi ini dilakukan adalah lebih baik. Nampak macam mudah tetapi sebenarnya senaman ini adalah rintangan paling besar bagi sesetengah orang. Cara mengukur pencapaian ini ialah dengan ujian membezakan ciri-ciri rehat dan tegang yang ketara dan seterusnya cara kita menumpukan perhatian kepada mana-mana anggota tubuh kita dengan melupakan yang selainnya.

Mengapa kita perlu melakukan ini?

Minda merupakan sebuah gedung perniagaan. Pengurus minda ialah keazaman dan intelek. Pengurus inilah yang dinamakan sebagai "minda sedar". Pengurus ini kadang-kadang dihalang untuk menyampaikan mesej kepada pekerjanya di minda bawah sedar oleh seorang pengawal yang bertindak seperti penapis. Jadi, senaman-senaman relaksasi yang dilakukan adalah untuk membolehkan pengurus menyalurkan mesejnya secara senyap-senyap dalam bentuk saranan kepada pekerjanya iaitu untus positif dalam minda bawah sedarnya. Saranan dari pengurus anda ialah "aku akan membuatkan minda bawah sedar aku berkhidmat untuk aku dan bukan menentang aku". Jadi mulakan senaman relaksasi tersebut secara berulang-ulang sehingga anda dapat menguasai minda anda dengan baik.



Tuesday, December 21, 2010

KEMARUK


“Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…
              Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
    Ampunkanlah segala dosa dalam diri
    Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
    Pendirianku… Keimananku…
             Engkau satu cinta
   Yang selamanya ...”

              Cinta? Apa itu cinta? Apakah ada cinta sejati? Benarkah cinta yang diikrarkan oleh dua sjoli itu cinta sejati? Cinta itu penuh dengan sejuta gelisah, penuh dengan rasa dan ketika cinta melanda, maka kita akan terhanyut di dalamnya.

                Kita juga tidak dapat menyangkal bahawa manusia akan mangalami rasa cinta. Kecintaan kepada lawan jenis akan membawa kepada kerinduan dan seringkali juga berakhir dengan kedukaan.

Islam secara jelas telah mengariskan batasan-batasan tertentu dalam pergaulan antara lelaki dan wanita. Antara batasan-batasan tersebut ialah menundukkan pandangan, tidak saling bersentuhan dan menutup aurat serta menjauhkan diri dari zina melalui berdua-duaan dan sebagainya.

                Batasan-batasan tersebut sebenarnya tidak lagi dihiraukan oleh kebanyakan pencinta hari ini. Pencinta hari ini begitu serius menganjurkan pertemuan secara langsung atau melalui sms. Hubungan ini jelas sekali adalah sesuatu yang terlarang kerana orang-orang kemaruk rindu dan cinta mahsyuk  akan berusaha  mencari jalan untuk melampiaskan ‘rasa’ tersebut . Dahsyatnya penangan rindu dan cinta itu!

                Lalu bagaimanakah solusi yang perlu diambil bagi mengubati penyakit cinta dan rindu yang menggebu-gebu itu? Semoga panduan yang bakal diberikan ini dapat memberi manfaat kepada pencinta-pencinta di luar sana. Antara solusi yang terbaik ialah:-

1.  Menyegerakan perkahwinan agar tidak terjerumus kepada zina. Hal ini bersesuaian  dengan saranan Nabi Muhammad S.A.W  “Wahai para pemuda, barang siapa yang telah memiliki kemampuan ba’ah  , maka menikahlah kerana ia akan menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan…, bagi yang tidak mampu, maka berpuasalah..

         Pemuda yang dimaksudkan di sini ialah pemuda yang belum mencapai usia 30 tahun, manakala ba’ah  merujuk kepada berkemampuan untuk berjima’ dan  mampu memberikan nafkah kepada sang isteri dan keluarganya. Malangnya rata-rata pencinta  hari ini telah mentafsirkan ba’ah tersebut hanya kepada kemampuan  dari segi perhubungan suami isteri sedangkan maksud sebenarnya lebih dari itu. Jelas sekali bahawa pemahaman seumpama ini adalah bersalahan dan amat mengelirukan.  Maka tidaklah menghairankan kita hari ini bila mana wujudnya  pemuda-pemuda yang tergedik-gedik mahu berkahwin tetapi dalam soal makan minum pula masih menagih belas ehsan dari orang tua. Menikah sebenarnya dapat menundukkan pandangan  dan menjaga kemaluan. Islam juga menyarankan agar mereka yang tidak berkemampuan supaya berpuasa agar dapat merawat rasa rindu yang menggebu-gebu antara pasangan lawan jenis tadi.

2.  Berusaha untuk ikhlas dalam beribadah. Nikmat dalam beribadah akan menimbulkan kecintaan kepada Allah dan mampu mengalahkan segala macam cinta dan kerinduan. “Manisnya beribadah kepada Allah mampu melawan semua cinta dan kasih kepada kekasih sesama manusia”.


3.  Bagaimana kepada mereka tidak mampu mengikuti solusi pertama dan kedua? Maka jalan lainnya ialah banyakkan memohon doa kepada  Allah agar terlepas dari rasa cinta yang menggila sesama manusia yang tidak halal baginya. Ada 3 perkara yang akan berlaku sekiranya manusia itu berdoa iaitl: Allah segera mengabulkan doanya, menyimpannya sebagai bekal  di akhirat kelak,  dan menghindarinya dari kejelekan. Maka janganlah kita mudah berputus asa kerana antara sebab doa tidak dikabulkan ialah datangnya dari sikap manusia yang mudah putus asa atau tergesa-gesa mohon agar doanya dikabulkan.

4. merejam rasa rindu dan cinta dengan mengawal/menundukkan pandangan iaitu dengan tidak melihat  aurat sesama jenis atau lawan jenis dan tidak memandang lawan jenis yang bukan mahram. Pandangan yang berulang-ulang sebenarnya boleh membarakan api yang besar kepada cinta dan rindu yang menggila-gila yang seterusnya berakhir kepada kehancuran. Bagaimana pula dengan pandangan yang selintas dan tidak disengajakan? Saranannya ialah segera memalingkan pandangan tersebut. Hikmahnya?  Dengan mengawal dan menundukkan pandangan maka akan menimbulkan rasa cinta kepada Allah.  Kecintaan kepada Allah akan merejam rasa cinta atau rindu kepada manusia.

5. Sibukkan diri dengan aktiviti yang bermanfaat. Jika kita tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang bermanfaat maka kita juga akan “sibuk” dengan ber angan-angan khususnya  perkara-perkara yang berkaitan dengan cinta dan rindu. Contoh angan-angan yang parah ialah  mengkhayalkan wanita yang dirindui. Justeru, cantaslah segera kerinduan tersebut dengan menyibukkan diri dalam aktiviti yang bermanfaat. Apabila fikiran ‘menganggur’ maka akan wujudlah ruang-ruang “kemaruk cinta” sebagaimana pernah diujarkan oleh ahli-ahli  Sufi  iaitu “Jika dirimu tidak sibuk dengan hal bermanfaat maka pasti kau akan sibuk dengan hal yang sia-sia dan hal-hal yang diharamkan.”

6.  Hindari nyanyian dan filem bertemakan  cinta mahsyuk.  Sebenarnya nyanyian seumpama ini adalah umpama candu  yang akan lebih memarakkan kemaruk cinta dan rindu. Lirik lagu yang  haru biru akan mendorong kepada kegilaan yang  bertambah-tambah kepada rasa cinta  rindu itu.  Ibnu Mas’ud  berpendapat bahawa “ nyanyian adalah pembuka kepada  pintu-pintu zina, nyanyian juga adalah antara mantera-mantera kepada zina, Melalui nyanyian juga boleh menumbuhkan sifat kemunafikan dalam hati sebagaimana air dapat menumbuhkan tumbuhan” . Biasanya  apabila mendengarkan lagu-lagu cinta secara tidak langsung akan mendorong kepada pelbagai “rasa” iaitu ingin berjumpa, ingin bersentuhan dan akhirnya terdorong kepada penzinaan. Nauzubillah

7. Berusahalah membayangkan kekurangan orang yang selalu kita cintai dan rindui. Orang yang bercinta selalu bersifat tidak adil kerana berkecenderungan melihat hal-hal  yang baik-baik sahaja dalam diri pasangan mereka. Sikap ini langsung tidak profesional.  Maka, berusahalah menilai dari sisi positif dan negatif sebagaimana  kita menilai orang lain yang bukan berstatus kekasih . Ibnu Jauzi  berpendapat bahawa “Manusia itu penuh dengan kejelekan dan tidak layak disanjung-sanjung”.  Hal ini sepadanan pula dengan kata-kata para  ulama’  iaitu “mata yang diliputi hawa nafsu akan menjadi buta” .  Wallahualam