Pages

Friday, December 17, 2010

Daki yang Tertinggal...

Al-Kisah... 

       Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.

       Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor.Serbuan pada jam 10.15 malam itu (17 Disember 2010) disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

       Fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

        “Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

        Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini. 

Adapun...

        Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia.  Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah:

i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)
Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah Zaidiyah
Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

iii. Syiah Ismailiyah
Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
 
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. 
b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi. 
  c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

  i) Kasyf al-AsrarOleh: Ayatullah al-Khomeini 
ii) AI-Hukumah al-IslamiahOleh: Ayatullah al-Khomeini 
iii) Al-Sabah Min al-SalafOleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi 
iv) AI- Usul Min al-KaftOleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H) 
v) Tahrir al- WasilahOleh: Ayatullah al-Khomeini 
vi) Al-MurajaatOleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi 
vii) Peshawar NightsOleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin 
viii) Mafatih al-jittanOleh: Sheikh Abbas al-Qummi 
ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) 
xi) Al-SahabahOleh: Haidar 
xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

Hatta..
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.
Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:
i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran keIran.
ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah
iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah
iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiahterutama golongan ahli politik.
v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran danpegangan Islam yang sebenar,
contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.
Untuk mengetahui PENYELEWENGAN SYIAH sila rujuk laman di ini http://www.geocities.com/iinfo.terkini/syiah.htm<http://www.geocities.com/iinfo.terkini/syiah.htm>

Ciri-ciri kesalahan fahaman Syiah

# Menghalalkan nikah mutaah
# Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah
# Menolak ijmak ulamak
# Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga
# Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam
# Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab
# Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w
# Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan
# Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w
# Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir 

Persoalannya, mengapakah daki itu masih juga melekat dan tidak mahu tanggal-tanggal?

No comments:

Post a Comment