Pages

Saturday, December 25, 2010

Menghubungi minda bawah sedar - Siri pertama

Tuhan itu dekat. Maka dekatilah dengan kuasa jiwa. Dekatilah dengan minda sedar serta gerakkan minda bawah sedar kita. Kita akan dapati nikmat Allah itu maha besar.

Seseorang individu yang sederhana mempunyai banyak tuntutan yang dibuat ke atas dirinya. Sepanjang masa semasa jaganya, mata dan telinganya menjadi sibuk oleh bermacam-macam pemandangan dan bunyi-bunyian, dan pada masa yang sama, pelbagai pemikiran yang tidak kunjung putus mengalir dalam mindanya. Seringkali juga pemikiran yang pelbagai itu tidak pula disertai dengan aktiviti emosi.

Cara minda bawah sedar boleh menjadi bertambah baik dengan cara memberikan sedikit perhatian terhadap cara ia boleh dipengaruhi. Persoalannya, bagaimanakah boleh kita mendapat kerjasama daripada minda bawah sedar kita?

Kita tidak boleh mengerah minda bawah sedar kita untuk berkhidmat kepada kita, tetapi kita boleh mendapatkan bantuannya untuk mengguna kaedah-kaedah yang lebih berilmu. Berikut diperturunkan petua untuk menghubungi minda bawah sedar kita. Kaedah utama yang perlu dikuasai ialah kaedah relaksasi - melepaskan diri dari ketegangan dengan cara melonglaikan otot dan tidak bergerak-gerak. Jika tubuh diangkat, dibengkokkan atau dialih oleh seseorang, maka tiada berlaku tentangan dan tubuh dibiarkan bergerak dengan mudah seperti seutas tali.

Caranya:

a) Asingkan diri di suatu tempat tanpa gangguan dan yang penting ialah suasananya sunyi sepi. Seelok-eloknya gunakan kapas untuk menyumbat telinga bagi mengelakkan sebarang bunyi menganggu proses ini.

b) Baring dengan selesa di atas kerusi panjang atau katil dengan atau tanpa sebiji bantal, mengikut kesesuaian dan keselesaan. Baring secara terlentang dengan kedua-dua tangan dibuka dan lengan diletakkan di sisi, pastikan tidak menyentuh tubuh,

c) Pandang siling, jangan merenung, tetapi tumpukan tatapan anda pada suatu tempat.

d) Pejamkan mata pastikan anda tidak cuba "melelapkan diri". Tujuannya ialah memastikan minda anda mengendur secara beransur-ansur. Seandainya minda anda mula memikirkan senarai kerja yang berlambak-lambak maka hentikan pemikiran tersebut dan peringatkan diri anda tentang apa yang sedang anda lakukan.

e) Anda akan mengalami perasaan keletihan khususnya dipelbagai bahagian otot lengan, kaki, tangan, belakang, bahu dan tapak kaki.

f) Rasakan setiap satunya secara mental caranya dengan halakan perhatian anda pada tangan kanan anda dan kekalkan pemikiran anda di situ selama sepuluh saat. Diikuti tangan kiri, kaki kanan, kaki kiri dan otot-otot muka anda. Elakkan daripada menggerakkan mana-mana anggota ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah rasakan secara mental.

  Senaman ini patut berlanjutan selama sekurang-kurangnya lima minit dan dilakukan sekali dalam sehari. Lebih lama dan lebih kerap sesi ini dilakukan adalah lebih baik. Nampak macam mudah tetapi sebenarnya senaman ini adalah rintangan paling besar bagi sesetengah orang. Cara mengukur pencapaian ini ialah dengan ujian membezakan ciri-ciri rehat dan tegang yang ketara dan seterusnya cara kita menumpukan perhatian kepada mana-mana anggota tubuh kita dengan melupakan yang selainnya.

Mengapa kita perlu melakukan ini?

Minda merupakan sebuah gedung perniagaan. Pengurus minda ialah keazaman dan intelek. Pengurus inilah yang dinamakan sebagai "minda sedar". Pengurus ini kadang-kadang dihalang untuk menyampaikan mesej kepada pekerjanya di minda bawah sedar oleh seorang pengawal yang bertindak seperti penapis. Jadi, senaman-senaman relaksasi yang dilakukan adalah untuk membolehkan pengurus menyalurkan mesejnya secara senyap-senyap dalam bentuk saranan kepada pekerjanya iaitu untus positif dalam minda bawah sedarnya. Saranan dari pengurus anda ialah "aku akan membuatkan minda bawah sedar aku berkhidmat untuk aku dan bukan menentang aku". Jadi mulakan senaman relaksasi tersebut secara berulang-ulang sehingga anda dapat menguasai minda anda dengan baik.



No comments:

Post a Comment