Pages

Friday, December 17, 2010

Persinggahan


“Bagaimanakah kau merasa bangga akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya waktu terhenti tidak kau sedari
Masihkah ada jalan bagimu untuk kembali mengulang ke masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan semua dan segala yang akan kembali kepada Nya
Bila waktu telah memanggil, teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti, teman sejati tinggallah sepi..”

Secara analoginya, sewaktu kita belayar menuju kehidupan abadi, tiba-tiba  sahaja kita kehabisan bekalan dan kapal yang kita naiki terus sahaja berhenti di pelabuhan yang tidak bernama. Kita diminta mencari dan mendapatkan sebanyak mungkin bekalan di pelabuhan tersebut  untuk dibawa bersama menuju pelabuhan abadi.  Kita juga diingatkan agar memilih bekalan mangikut garis panduan yang telah diberikan kepada kita. Tujuannya  tidak lain adalah bagi mengelakkan kita memilih bekalan yang tidak diperlukan  seterusnya kita juga diingatkan bahawa pelabuhan yang kita singgahi ini adalah sebuah pelabuhan yang indah tetapi keindahan itu hanya sementara sahaja  sifatnya kerana matlamat kita ialah untuk menuju ke pelabuhan utama yang abadi sifatnya.
Namun dalam persinggahan tersebut, ramai antara kita yang tergelincir dan lupa akan semua nasihat dan seterusnya kita terus-terusan melanggar pantang larang yang telah diajarkan kepada kita. Maka jadilah kita manusia-manusia yang “pelupa” dan “lalai” seterusnya membenamkan amanah yang diberikan iaitu mendapatkan bekalan yang baik untuk dibawa belayar. Apabila sahaja siren kapal berbunyi menandakan bahawa kapal  akan kembali belayar menuju ke pelabuhan abadi, maka bercemperalah kita cuba mengaut apa sahaja bekalan yang sempat kita dapat. Bertambah malang lagi bagi kita andai tidak langsung dapat mengaut bekalan-bekalan yang baik untuk dibawa menuju ke pelabuhan abadi.
 Alangkah celakanya kita kerana mengabaikan amanah akibat ketaksuban kita kepada pelabuhan tidak bernama ini. Dengan bahanapakah yang kita kan gunakan sebagai bekalan menuju pelabuhan abadi?

No comments:

Post a Comment