Pages

Thursday, February 24, 2011

Law of attraction


    
Pada diri manusia ada daya tarikan yang saling berhubung dengan daya tarikan orang lain. Maksudnya, jika kita positif dan orang lain juga positif, maka kita akan mudah tertarik dan berhubung dengan harmoni. Ibarat peribahasa mengatakan " burung yang sama bulu dan warna, akan terbang sekawan".

Percayakah anda kalau dikatakan bahawa untuk belajar, bekerja dan melakukan apa-apa jua aktiviti dengan lebih baik dan berkualiti, kita memerlukan syarat utama iaitu "ceria"? Hormon endomorphin akan dirembeskan dalam tubuh orang yang ceria. Hormon ini akan memberikan rasa tenang, seronok dan gembira. Hal ini memang menjadi perkara penting dalam program-program bahasa seperti Neuro-Linguistic Programming (NLP). Perkara yang sebaliknya berlaku kepada orang yang negatif, asyik marah-marah dan merungut. Mereka yang tergolong dalam kelompok kedua ini akan merembeskan hormon kortisol dan hormon ini akan menurunkan darjah keceriaan individu sehingga menyebabkan dia menjadi pemurung, pemarah dan perengus. Orang yang sebegini akan "meletihkan" rakan-rakan.

Teknik mengembalikan daya tarikan.

a) Lihat pada sisi positif

Orang yang positif akan dapat melihat sisi yang positif pada diri orang lain. “Who you are determine, how you see”. Cuba positifkan minda kerana manusia suka dihargai, disokong dan dianggap wira. Maka jadikanlah diri kita sebagai wira.  Kita hanya akan memberikan kebaikan jika kita menjadi orang yang baik. Waima  besarnya kesusahan atau beratnya penangungan kita, itu bukan alasan untuk menggadaikan kualiti hati yang baik.

b) Fokus kepada penyelesaian

Orang yang positif akan menjurus kepada penyelesaian dan bukannya permasalahan. Bersikap jujurlah dan berani mengubah perasaan untuk mendapatkan hasil yang berbeza.

c) Kekal positif

Sangka baik merupaka peluang yang kita berikan kepada orang lain.  Peluang tersebut akan dapat mengelakkan diri kita menjadi mangsa kepada kezaliman. Sebenarnya memikirkan negatif itu sahaja sudah cukup menyeksakan dan merupakan satu penderitaan. Justeru, janganlah kecewa dalam membuat kebaikan. Sesungguhnya Allah akan mengikut sangkaan para hamba Nya.

d) Konsisten dalam berdoa.

Doa meneutralkan semua aura negatif yang menyelubungi dan memancar daripada diri kita. Hukama ada mengatakan bahawa ‘terhalangnya kita daripada berdoa adalah lebih berbahaya daripada tidak makbulnya doa kita itu’. Apabila kita tidak berdoa, kita seumpama insan negatif yang penuh dengan racun atau toksik. Kata-kata, perbuatan dan pemikiran kita diselubungi racun. Racun tersebut boleh memusnahkan orang lain malah ia juga akan memusnahkan diri sendiri.

Kesimpulannya, jadilah orang yang baik, supaya kebaikan tertarik kepada kita sebagaimana magnet yang tertarik antara satu sama lain… Wallahualam



No comments:

Post a Comment